top of page

Sejarah Penubuhan Rumah Bakti Nur Ain Bangi

Pertubuhan Kebajikan Nur Ain mula beroperasi pada 25 Februari 2014. Lokasinya terletak di No 10, Jalan 2/4 H, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor atas nama Rumah Bakti Nur Ain Bnagi Selangor. Pertubuhan ini telah diasaskan oleh En. Shaizol Karnon Bin Nasir dan isterinya Siti Nur Ain Syazwani Binti Johari serta telah mempunyai seramai 5 orang pekerja. Rumah Bakti Nur Ain telah beroperasi di atas lot wakaf berkeluasan 1300 kaki persegi dari seorang pesara iaitu Tn. Khairul Imran pada tahun 2014. Pada awal penubuhannya, rumah bakti ini hanya diuruskan oleh En. Shaizul dan isterinya dengan jumlah anak yatim seramai 4 orang sahaja. Pada tahun 2024, bilangan anak yatim dan asnaf meningkat menjadi seramai 23 orang iaitu 21 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari seluruh semenanjung Malaysia yang terdiri daripada lingkungan umur 4 tahun sehingga 17 tahun.

Kategori anak-anak yatim dibawah pertubuhan ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf. Kemasukan anak-anak yatim ke Rumah Bakti Nur Ain ini tidak dikenakan sebarang bayaran dan ditanggung sepenuhnya oleh pertubuhan ini. Ahli jawatan kuasa pula terdiri daripada empat orang dimana semuanya berkerja secara sukarela. Kebanyakan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Ain bersekolah rendah dan menengah di SK Bandar Baru Bangi dan SMK Bandar Baru Bangi. Ianya memudahkan urusan penghantaran mereka dengan menaiki van yang diuruskan sendiri oleh sukarela rumah bakti ini. Dana kewangan pertubuhan ini ditaja sendiri oleh pengerusi Rumah Bakti Nur Ain Bangi iaitu En.Shaizul Karnon Bin Nasir serta dari sumbangan orang ramai. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menyumbang melalui akaun Maybank Islamic (562834629667) atas nama Pertubuhan Kebajikan Nur Ain Bangi.

bottom of page